Saturday 28 December 2013

Trip to Medan,Indonesia (Day 1 and Day 2 )

Assalamualaikum (: 

ehem. okey. Aku sebenarnye buntu. Aku buntu nak update belog kali ni. *poyo tak*  . Aku tak tau nak start dari mana. Aku nak pilih gambar yang mana. Sebab tu macam lambat nak update, walaupon aku pegi Trip ni bulan November yang lepas. hiks. 

Tak terlambat kan member-member sekalian, untuk aku berkongsi sedikit pengalaman. Ceh, ayat. clishe. Sape yang nak bace jela kan. if taknak, tekan je butang pangkah. (emo gile ) haha.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------





Hai beb ! ceit, ayat pendahuluan. haha . Anyway, aku telah terbang ke Medan,Indonesia 19 November 2013, dengan menaiki pesawat AirAsia. 





Okey, Trip aku ni tak lame. 4 hari 3 malam je, sehingga 22 November. Tak boleh lama-lama sebab adik perempuan aku yang kat atas ni akan dihantar pulang ke Perlis semula 23 November. (ayat, bahasa kebangsaan ) haha.

Kami terbang dari Kuala Lumpur Jam 07:40 dan tiba di Lapangan Terbang Kuala Namu Jam 07:40 pagi. haaaaa !! mesti korang pelik kan. Kenapa masa aku bertolak SAMA dengan MASA aku sampai. ngeee~ aku tak tipu ! sebb masa kat Indonesia lewat satu jam dari Malaysia. hihi.



Sampai je Airport ni, kami telah dijemput oleh kakak Aisyah. Tour Guide kami disini (:


Tadaaa !! ni kak Aisyah ! baik sangat :D


So, kitorang naek bas ni. kitorang tak ramai pon, dalam 20 orang je. Bas die, sumpah selesa!! Alhamdulillah. Sepupu aku siap lari-lari dari belakang ke depan. dari depan ke belakang. haha.
Nasib aku tak lari weii ! lol .


















Okey, kat sane , if korang nak tau. dyorang akan maen hon je kat jalan raya ! kelaka giler ~




Gamba kat atas ni, kitorang kat Istana Maimon. Cuaca agak panas, jadi macam ramai yang kerut . haha.

Then, kitorang terus gerak ke Brastagi. Pergh ! Jalan nak pegi sane Lekok-lekok. Kereta , Lori selisih. Rapat gile seh ! yang pro je, boleh bawak. serious Talk !! Yang paling penting. Kat sane sejuk sangat !!
nak tau, sejuk cane ?? hotel yang kitorng dudok, takde AIRCOND,

(Mase abah aku cakap, cam tuh ! aku mcm nak berontak laa jugak en, pahal takde aircond? panas aa canie ! tak best aah ! ) sekali tuh korang nak tau tak pe jadi ??? tak malam lagi wei, sejuk yang teramatttt !!

Memang lah sejuk sebabnye kitorang ade kat area gunung-gunung then tak jauh je dengan Gunung Sinabung. Jarak Hotel kitorang dengan Gunung Sinabung tuh about 30 KM je ah. FYI, Gunung Sinabung tu masih aktif wei. kata orang sane. Gunung tu masih batuk-batuk. (nasib tak meletop mase kitorng datg ) UPPS.

Aku lupe nak bawak baju sejuk. My bad kann. Tapi, takpe banyak socks aku bawak. keh3. aku lagi prefer socks. sebb nak berjalan, then lantai sejuk !! thats why, aku suke pakai socks even dalam hotel. lalala ~
Muka Excited ! bile sampai Brastagi :)














Makan kat area Brastagi nie, sedap wei !! environment sejuksss kan ! pastu kene pulak sup sarang burung . masakan die pun, not bad aa. kitorang makan bebanyak aa. SEBABNYE kitorng rase malam kat sane, lame giler.. BAYANGKAN... maghrib 6:20. Tak ke awal beb !






DAY 2

Sebelum berangkat nak pergi ke tempat yang seterusnye , bergambar la dulu kan :D . Okey, sebelum tuh nak bagi tau korang yang subuh kat Indonesia Jam 04:45 , anggarannya :) tapi lagi awal aa dr Malaysia (sejam awal )







Then, kitorang terus naek bus, nak pegi  Danau Toba. sebelum tu, kami ade singgah air terjun Sipiso Piso :)



panas wei ! sebb tu mata ak ngn mak ak tak tahan !! HAHA




 BRASTAGI - DANAU TOBA 
3 jam wei ! sakit pale dok dalam bas :) 
 nie gambaran Danau yang kitorang nak pegi dengan menaiki bot

yeaaaahhhh !  



kitorang nak pegi Kampung Tomok - kampung  Ambarita - Pulau Samosir 
*tiga-tiga tempat ni di DANAU TOBA (kene naik bot ) excited eh ? haha. 


ini semua dalam bott  :)














Masa ni, kat luar hujan. sebab tu, die tutup yang warne hitam-hitam tuh. yelaa kan, nnti terkena hujan. demam laaa  pulak eh ? :D


KAMPUNG TOMOK




OKAY, mesti korang pelik *if de yg perasan aa* asal baju kitorang laen. SEBAB gamba yang kat atas tu gamba hari ketiga. Masa hari kedua, kitorng sampai kampung ni. hujan tau !!  jadi memang tak sempat nak snap gamba TAMBAH-TAMBAH LAGI ni tempat shopping tau !!!  paham-paham jela . HIKS.


KAMPUNG AMBARITA.

Kampung ni di sejarah yang tersendiri n tempat shopping jugak !! HAHA, Tapi aku memng lupa laa wei sejarahnya.ampun maaf dipinta sumorang !  (:








Sepupu saya_ *promote sikit* HAHA.




makan malam kami di Danau Toba.


SEPUPU saya cakap : titew benti kat sini eh, nanti kite sambung DAY 3 and DAY 4 K!!

terima kasih kerana membaca ! (:

Sunday 22 December 2013

HARGAI SETIAP DETIK YANG JADI


Assalamualaikum w.b.t.   :)

Yeahhh ! rindu nak update blog. (actually, menulis je, pasal vacation ke Indonesia. will update soon eh) Take time skit. hiks. OKEY, pejam celik pejam celik ! dah hujung tahun 2013 da wei ! macam tak percaye je kan. CEPAT GILER MASA BERLALU. 

Dah sem 4 dah (lagi 2 sem je lagi) kemon!  member-member yang dah degree. dah nak final exam sem 1 kan . Sepupu aku yang pregnant dah nak bersalin da wei ! . Abah Mama dah bertambah usia ( eh, eh abeh kau fahana , tak ke dah nak 20 tahun !)  OH GOD ! belum. belum.belum. HAHA. Member yang dah tunang , dah nak kahwin, (btw, Tahniah ) Semoga semua yang berlaku sentiase mendapat redhaNya_ 


"Hargai setiap detik yang dah jadi" 

Dah hujung tahun sudah, lagi beberapa hari lagi nak melangkah ke 2014. 2014 wei ? Allahu, 

Yeahhhh , hargai setiap detik yang dah jadi. Bile teringat benda yg dah leps tak kisah lah senang hati ataupun buat kan hati kite ni duka lara ataupun yang membuatkan sakit otak pikir kannya. Yang pasti itu akan membuatkan air mata ku jatuh. 

Bukan apa, kadang- kadang kite lupa nak ucap kata syukur dengan nikmat yang tidak pernah kite sangka-sangkakan Allah bagi kat kite. Allahu. Merungut dengan ujian yang Allah berikan kat kite. (criessssssss )

Bukan aku sorang, kite semua kena ajar diri kite supaya semua benda yang lalu, mengajar diri kita. Tak kira baik atau buruk. 

Elakkan diri kita dari cakap "kalaulah" . Aku tak mahu mintak Tuhan berikan benda tu balik"

Aku cuma mintak...

Berikan aku peluang untuk merasai perkara indah macam tu lagi. Sebab aku percaya, aku mampu lakukan yang terbaik dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku.



Moga Allah redha