Tuesday 13 January 2015

GUNUNG ANGSI.




11 December 2014


Assalamualaikum.

Haahh lame kan tarikh tu ( da masuk 2015 k kakak ) sukaaati aku laah *muka kerek*  banyak benda yang menghalang nak update that time. Lattop i rosak, kuliah kelas esaimen sume kan mesti korang cakap alasan je menggeletis, senanye malas kan. Tak malas weh, kalau boleh ak nak abdikan semua kenangan terindah dalam blog ni. cehwah. Lagi-lagi dengan orang yang tersayang. 

Okayy sekarang! aku semangat gile nak share pengalaman aku mendaki Gunung Angsi taw! sebabnye ni lah first experience  aku mendaki gunung tau. Gunung uols ! So, sesiape yang rase nak mendaki Gunung tu boleh lah bace entry ni nak tambah info ke ape. ihiks. First thing first, aku nak cerite dulu latar belakang Gunung Angsi k adek-adek. Ketinggian Gunung Angsi ni 825m dr aras laut. Dalam 2jam setengah lah kitorang hiking. 





Excited gile taw! tapi muka time tu pepagi kaaannn. muka toye ciked . pepaham jerlah. Time ni nak tunggu lagi 3 kereta macamtu. Ramai trip kali ni dalam 20 orang jugak. alaaaa tak ingat ah, sebabnye last year kan. Kitorang start pendakian pukul 9.30pagi dan alhamdulillah sampai kat puncak jam 12:45 camtu laaaa.

 Beberape tips yang aku nak share before korang nak daki Gunung ni. 

"Boleh ke kak Paten nak bawak mineral water naik atas?" 

Hahaha. hah boleh je dek, tapi jangan bawak air mineral besa sampai 3,4 botol. Nanti jd macam member aku menyesal. Bawak 2 botol air mineral kecik sudah, Then, bawaklah cokelat tak kesahlah brand ape-ape pon energy boost korang !. Pastu, nak hiking ni selok-eloknya jangan lah naik pakai sneekers fynn jamal tuh , pakailah kasut memng khas untuk hiking ataupon kasut getah hah!  hah legend taw kasut getah ni, kah! 




Hah adek-adek , yang warna hitam tuh namenye kasut getah tau . Kasut aku lah tu. HAHAHA. Okey yang laen tu contoh kasut yang sesuai untuk hiking. bukan tak kasi pakai selipar atau kasut sneekers nnti licin jatuh terpeleot dah spoil mood (: . Mental and fizikal kne kuat taw. Paling penting mental korang. Nanti mental lemah cepat fade up, behenti tengah jalan. Mase haritu, aku ade rase jugak ah fade up ni, tapi perasaan nak sampai puncak membuak - buak . 

Meh FF share gamba kegumbiran bile sampai Puncak Gunung Angsi bb. Abaikan muka gelap sememeh tu, gile tak penat 2jam setengah mendaki! Nah !


Muka happykan, macam segerombolan rombongan gagah perkasa (padahal setengah jalan mase daki dah macam ape entah haha) dah tawan Gunung Angsi. Hah! ade dalam 5 orang dari Universiti laen pon join us! hihik. lupe la, Maklomlah, last year punye event tetap nak update kan. 



Yeaah! so, ni kami DipSya Semester 6 yang dah tawan Gunung Angsi ! Praise due to Allah (: . We did it guys ! Tapi raamai yang kat sini da pro dah ! setakat Gunung Angsi celah gigi dorang je. 



























Ya Rabbi , muka semua excited kan ! pelbagai gaya yang agak annoying yang agak over itulah namenye kepuasan ye adek-adek. Satu je bile kite hiking ni, kadang-kadang kite tak percaye pon eh aku da tawan Gunung angsi lah, eh?eh? So dengan hiking ni kite boleh uji level kemampuan diri kite. Seronok kan hidup ni (:





So, selepas selesai pendakian kami singgah masjid untuk bersihkan diri dan solat. okay! ni antra girls yang join. *ade lg tp dorang dlm kereta* . Lepas hiking penampilan kne jaga jugak. HAHAHA. Okay kourang, Thankyou for reading this entry ! 




Saturday 10 January 2015

Misi Sukarelawan Banjir under Ikram Malaysia.



Assalamualaikum

Akhir Disember 2014 , kite semua dikejutkan dengan berita banjir yang amat teruk di Kelantan terutamanya . Allahu mustaan. Rase kesian kan, sebab melibatkan kematian, terputus bekalan makanan semuanya. Banjir itu sebagai ujian dari Allah Taala.

Nak dijadikan cerita pada 1 Januari 2015 , aku and kawan - kawan rasa terpanggil untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Praise due to Allah, aku and kawan-kawan dipilih untuk menyertai Misi menjadi Sukarelawan banjir under Ikram Malaysia, itu je yg mampu as a student. Nak bagi duit * kami tak mampu * . So, yeap rase membuak - buak nak tolong tu macam gelojoh sikit. 




Jadi, kami breakfast dulu bagi tenaga plus plus kebabom. Muka happy kan. kami assume perjalanan kami amatlah jauh sebab kite bukan pergi holiday ke pe. Mama and babah ( tu panggilan mesra , dorang lah yang lead program ni ) dah pesan awal -awal isi tenaga banyak-banyak sebab kite tak boleh jangka berpe jam pejlnn. Doa banyak-banyak supye semuanya berjalan dengan lancar. nak tahu berape jam perjalanan kami? jom bace bawah lagi. *kemain kau fahana* ^^





So, after breakfast kitorang ade breafing sikit from mama and babah. Antara pesanan mereka, kitorang kne prepare mental and fizikal. Mangsa banjir kat sane ade yang dah separuh gile sebab ape? sebab dorang kehilangan orang yang tersayang, hilang rumah, hilang kereta. Sentiasa tajdid niat (: 




Kami bertolak pukul 10;30 pagi dari Kuala Lumpur dan tiba di Kubang Krian, kelantan pukul 12;30 pagi. Kire berapa jam? 14 jam perjalanan kami ke Kelantan. Satu benda yang aku ingat sampai hari ni, pengalaman yang memang tak boleh lupa . sampai je satu stesen minyak Caltex dekat Manik Urai, (Manik Urai adalah salah satu kawasan yang paling teruk diuji, habis semua rumah dan bekalan air dan eletrik masih tidak ada pada masa itu )  masing-masing memang tak tahan nak buang air kecil tau. So, bile bas berhenti je memasing serbu toilet, siap kene beratur tau adik-adik. Then, makcik makcik yang line up depan kitorng pegang mineral water. TAKDE AIR K. TKDE AIR. Alhamdulillah, ade air mineral kat bus. Toilet die MashaAllah, terbaik! takde air kan, pastu ramai gune. just imagine (: 








2 Januari 2014, Kami ditugaskan untuk membersihkan sebuah Sekolah Rendah Islam Aman, Waqaf Bharu. Kami dibawa oleh pakcik ni, beliau wakil daripada Ikram Kedah. MashaAllah, mulia hati pakcik ni. 

Makcik ni mengadu kat Pakcik kite yang bekalan makanan tak sampai kat rumah mereka. Harap bersabar ye (: 






First thing first, baaannyak barang-barang yang hancur akibat banjir. Buku-buku pelajar, file pelajar , Al-quran, komputer sekolah, dan banyak lagi. Meh kite share gamba yang sempat diambil.









Gambar : before
Gambar : After









Nak share sikit, semasa pulang dari Sekolah Agama Waqaf bharu ni, kami menaiki kereta dengan Puan faridah. Banyak benda yang Puan Faridah kongsi, antaranya kali terakhir berlaku banjir teruk berlaku di Kelantan pada Tahun 1967. Allahu. Habis semua ranap. Tempoh nak pulih Negeri kelantan ni ambik masa setengah tahun.Mungkin lame lagi masa yang diambil. ( Banjir 2014 " Qiamat kecil " -Puan faridah-) 

Masih ade juga masyarakat yang mengambil kesempatan dengan mengambil bantuan  mangsa banjir. Padahal mereka cukup keperluan makanan dan pakaian. Terima kasih Puan faridah sebab share semuanya. Semoga Allah merahmati Puan faridah sekeluarga. 

Selesai Misi Hari kedua kawan-kawan (: 





Hari Terakhir daahhhh. Pagi tu kami ditugaskan untuk pack barang-barang sumbangan yang perlu diagihkan kepada mangsa banjir.ALhamdulillah, selesai juga. Sebab terlampau banya barang yang perlu dibungkus.












Seterusnya, kami ditugaskan ke satu perkampungan yang memang tenggelam habes rumah dan kereta mereka. Aku tak ingat pulak name perkampungannya. Jadi kami ditugaskan untuk mengagihkan pekaian kepada mangsa banjir. Macam-macam keadaan yang kami hadapi. pakaian itu sepatutnya kena ambil mengikut keperluan keluarga masing-masing. Tetapi, ade saje individu yang mengambil melebihi dari keperluan mereka. So, ini sedikit gambaran yang boleh ak kongsi ngan korang.










Alhamdulillah selesai segalanya. Nak ucap Thankyou very much kpd semua pihak yang terlibat. Mama babah, Puan Faridah, Encik Azrul dan semuaaa kawan-kawan baru from UIA. Syukur jugak, diberi peluang utuk join Misi Banjir under Ikram. Semoga Allah menerima semua amalan kite. Moga Allah redha . Amin Ya Rab ! 






Thankyou for reading this entry !