Saturday 10 January 2015

Misi Sukarelawan Banjir under Ikram Malaysia.



Assalamualaikum

Akhir Disember 2014 , kite semua dikejutkan dengan berita banjir yang amat teruk di Kelantan terutamanya . Allahu mustaan. Rase kesian kan, sebab melibatkan kematian, terputus bekalan makanan semuanya. Banjir itu sebagai ujian dari Allah Taala.

Nak dijadikan cerita pada 1 Januari 2015 , aku and kawan - kawan rasa terpanggil untuk membantu mangsa-mangsa banjir. Praise due to Allah, aku and kawan-kawan dipilih untuk menyertai Misi menjadi Sukarelawan banjir under Ikram Malaysia, itu je yg mampu as a student. Nak bagi duit * kami tak mampu * . So, yeap rase membuak - buak nak tolong tu macam gelojoh sikit. 




Jadi, kami breakfast dulu bagi tenaga plus plus kebabom. Muka happy kan. kami assume perjalanan kami amatlah jauh sebab kite bukan pergi holiday ke pe. Mama and babah ( tu panggilan mesra , dorang lah yang lead program ni ) dah pesan awal -awal isi tenaga banyak-banyak sebab kite tak boleh jangka berpe jam pejlnn. Doa banyak-banyak supye semuanya berjalan dengan lancar. nak tahu berape jam perjalanan kami? jom bace bawah lagi. *kemain kau fahana* ^^





So, after breakfast kitorang ade breafing sikit from mama and babah. Antara pesanan mereka, kitorang kne prepare mental and fizikal. Mangsa banjir kat sane ade yang dah separuh gile sebab ape? sebab dorang kehilangan orang yang tersayang, hilang rumah, hilang kereta. Sentiasa tajdid niat (: 




Kami bertolak pukul 10;30 pagi dari Kuala Lumpur dan tiba di Kubang Krian, kelantan pukul 12;30 pagi. Kire berapa jam? 14 jam perjalanan kami ke Kelantan. Satu benda yang aku ingat sampai hari ni, pengalaman yang memang tak boleh lupa . sampai je satu stesen minyak Caltex dekat Manik Urai, (Manik Urai adalah salah satu kawasan yang paling teruk diuji, habis semua rumah dan bekalan air dan eletrik masih tidak ada pada masa itu )  masing-masing memang tak tahan nak buang air kecil tau. So, bile bas berhenti je memasing serbu toilet, siap kene beratur tau adik-adik. Then, makcik makcik yang line up depan kitorng pegang mineral water. TAKDE AIR K. TKDE AIR. Alhamdulillah, ade air mineral kat bus. Toilet die MashaAllah, terbaik! takde air kan, pastu ramai gune. just imagine (: 








2 Januari 2014, Kami ditugaskan untuk membersihkan sebuah Sekolah Rendah Islam Aman, Waqaf Bharu. Kami dibawa oleh pakcik ni, beliau wakil daripada Ikram Kedah. MashaAllah, mulia hati pakcik ni. 

Makcik ni mengadu kat Pakcik kite yang bekalan makanan tak sampai kat rumah mereka. Harap bersabar ye (: 






First thing first, baaannyak barang-barang yang hancur akibat banjir. Buku-buku pelajar, file pelajar , Al-quran, komputer sekolah, dan banyak lagi. Meh kite share gamba yang sempat diambil.









Gambar : before
Gambar : After









Nak share sikit, semasa pulang dari Sekolah Agama Waqaf bharu ni, kami menaiki kereta dengan Puan faridah. Banyak benda yang Puan Faridah kongsi, antaranya kali terakhir berlaku banjir teruk berlaku di Kelantan pada Tahun 1967. Allahu. Habis semua ranap. Tempoh nak pulih Negeri kelantan ni ambik masa setengah tahun.Mungkin lame lagi masa yang diambil. ( Banjir 2014 " Qiamat kecil " -Puan faridah-) 

Masih ade juga masyarakat yang mengambil kesempatan dengan mengambil bantuan  mangsa banjir. Padahal mereka cukup keperluan makanan dan pakaian. Terima kasih Puan faridah sebab share semuanya. Semoga Allah merahmati Puan faridah sekeluarga. 

Selesai Misi Hari kedua kawan-kawan (: 





Hari Terakhir daahhhh. Pagi tu kami ditugaskan untuk pack barang-barang sumbangan yang perlu diagihkan kepada mangsa banjir.ALhamdulillah, selesai juga. Sebab terlampau banya barang yang perlu dibungkus.












Seterusnya, kami ditugaskan ke satu perkampungan yang memang tenggelam habes rumah dan kereta mereka. Aku tak ingat pulak name perkampungannya. Jadi kami ditugaskan untuk mengagihkan pekaian kepada mangsa banjir. Macam-macam keadaan yang kami hadapi. pakaian itu sepatutnya kena ambil mengikut keperluan keluarga masing-masing. Tetapi, ade saje individu yang mengambil melebihi dari keperluan mereka. So, ini sedikit gambaran yang boleh ak kongsi ngan korang.










Alhamdulillah selesai segalanya. Nak ucap Thankyou very much kpd semua pihak yang terlibat. Mama babah, Puan Faridah, Encik Azrul dan semuaaa kawan-kawan baru from UIA. Syukur jugak, diberi peluang utuk join Misi Banjir under Ikram. Semoga Allah menerima semua amalan kite. Moga Allah redha . Amin Ya Rab ! 






Thankyou for reading this entry ! 






No comments :

Post a Comment